Wednesday, August 12, 2015

Persoalan Hukum Mengambil Upah Mengajar Al Quran

Terdapat beberapa persoalan dalam isu ini. Adakah dibenarkan sama ada mengambil bayaran di atas usaha mengajar al quran kepada pelajar yang ingin belajar.
Menurut Dr Yusuf Al Qardhawi para ulama berselisih pendapat dalam hukum boleh atau tidak mengambil upah hasil dari mengajar al quran. Sebahagian ulama berpendapat, boleh mengambil upah itu. Hal ini berdasarkan sebuah hadis dari kitab sahih Bukhari:
“ Yang paling berhak untuk kalian mengambil upah adalah mengajar kitab Allah”

Terdapat ulama mengatakan: Jika ditentukan jumlahnya, maka tidak boleh. Pendapat ini dipilih oleh Al Halimi.
Menurutnya lagi mengajar dilakukan dengan tiga bentuk
Pertama, dengan tujuan untuk beribadah sahaja dan tidak mengambil upah, kedua, mengajar dengan mengambil upah dan ketiga mengajar tanpa syarat dan jika ia diberikan sebagai ia menerimanya.
Pendapat pertama mendapat pahala dari Allah swt kerana itu adalah amalan para Nabi. Kedua diperselisihkan. Sebahagian ulama mengatakan tidak boleh berdasarkan sebuah hadis:
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”. Sebahagian ulama lain mengatakan boleh kerana berpendapat, Nabi meminta kita menyampaikan tanpa menyebut dibenarkan atau tidak mengambil bayaran. Nabi juga tidak pernah menyebut tidak boleh mengambil upah itu. Dr Yusuf Al Qardhawi menambah, jika terdapat penentuan bayaran juga tidak dilarang disebabkan berlakunya keperluan dan kemaslahatan di kalangan guru yang mengajar.
Pendapat yang ketiga pula menyatakan dibolehkan seluruh ulama mengambil bayaran atas usaha mengajar manusia atau menerima hadiah hasil dari kerja-kerja mengajar. Nabi Muhammad merupakan guru yang mengajar para sahabat membaca dan menghafaz al quran. Hal ini daripada sebuah kisah  seorang hamba yang terkena haiwan berbisa, kemudian dibacakan surah al fatihah oleh para sahabat maka para sahabat tersebut telah dihadiahkan dengan beberapa ekor kambing. Setelah Nabi mengetahui kisah ini, maka Nabi Muhammad telah bersabda:
“Berikanlah aku bahagian dari hadiah itu”
Menurut fatwa oleh “Majma al Fiqh Al Islami menyatakan:
“Jika tidak mengambil upah, nescaya mereka tidak akan mempunyai sumber untuk menyara kehidupan mereka. Jika perkara itu berlaku, agama islam akan semakin dilupakan. Oleh itu, untuk menjaga kesinambungan agama islam, para ulama Mazhab Hanafi telah membenarkan golongan ini mengambil upah. Para ualam dari pelbagai mazhab juga telah mengambil pendapat ini demi menjaga kemaslahan agama.
Menurut Ustaz Maszlee Malik, ulama yang mengharamkan perbuatan mengambil upah kerana mengira ia sebagai amal ibadah. Pendapat ini disokong  oleh polisi Negara islam terdahulu yang menyara para pengajar al quran, fardhu ain, fardhu kifayah, imam, muazzin dan sebagainya. Namun begitu menurut beliau pendapat ini tidak lagi relevan apabila Negara-negara islam moden sudah tidak lagi menanggung mereka.



Kesimpulannya, mengambil upah mengajar al quran dibenarkan. Maka ia boleh juga dijadikan sebagai sumber pendapatan serta memberi peluang pekerjaan kepada guru-guru lepasan sekolah agama yang memerlukan pekerjaan.

No comments:

Post a Comment